Saturday 12 November 2016

Gulai ikan Jenahak mamak style

Assalamualaikum dan salam sejahtera everyone!!


Haa.. harini qis nak share salah satu menu kegemaran me and Mr Husband..Gulai ikan jenahak mamak style!! Sapa oghang utagha ampa mesti tau kan.. hehe T_T.. first time makan mase first time berkenalan dengan MIL.. ummm... sedap, cukup rasa, cukup bahan and perfecto.. no wonder lah Mr Husband suka makan rupe ye MIL memang pandai masak dan sedap2 semua.. taksah if balik kampong x tambah nasi 3 kali.. ohh MIL da paham tekak and perangai menantu dy ni.. hahahaha T_T.. anak cina tapi tekak mengalahkan tekak orang melayu asli.. tempoyak, budu, sambai belacan, ikan puyu, ikan sepat, ayam kampong peberet qis kot.. weheee T_T.. makan dengan nasi panas2 buh ikan goreng, kicap, ulam and sambai belacan pun da ummphhhh.. kihkihkih T_T..
 
Selain gulai ikan banyak lagi y qis belajar dari MIL tentang masakan orang melayu.. tapi y selalu qis masak di rumah is Gulai Ikan sebab Mr Husband suka sangat dan dy pun cakap y rasa macam mak masak.. ohh goshh.. *anak mak sungguh aihh..^_,^
 
Ok pada y nak cuba style ni boleh je cuba.. nama pun #sharingiscaring.. haha T_T.. lain orang lain caranya..
 
 

 
GULAI IKAN JENAHAK MAMAK STYLE
Dari : #dapuraqish
 
 
Bahan-bahan (2-4org):
Ikan Jenahak -4 ketul (basuh dengan garam kasaq & asam jawa bersih2 & tos)
Bawang merah -dihiris nipis
Bawang putih -dihiris nipis
Halba campur -1 sudu makan
Daun kari    -1 tangkai
Buah tomato  -dibelah dan potong panjang
Bendi -beberapa batang
Terung bulat -dibelah dan potong panjang *optional
Kelapa parut sebiji -perah santannya 
Serbuk kari ikan -2 paket kecil #
Serbuk cili -3 sudu makan #
(satukan bahan2 # ni didalam mangkuk dan campurkan sedikit air kemudian kacau sebati)
Air asam jawa -setengah cawan
Garam secukup rasa
 
Cara memasak :
1. Masukkan sedikit minyak masak di dalam periuk. Kemudian masukkan b. merah, b. putih, halba campur serta daun kari dan tumis sampai naik bau.
2. Kemudian masukkan pula campuran serbuk kari + cili tadi dan tumis smpai pecah minyak dan perencah sedikit garing. Lalu masukkan air  asam jawa dan kacau seketika hingga sebati.
3. Setelah itu masukkan perahan santan tadi dan kacau sampai pecah minyak. Lepas tu terus masukkan garam secukup rasa & ikan. Kacau sebati dan sampai ikan da masak (ikan xperlu masa y lama untuk masak) lalu masukkan tomato, terung, bendi. Tunggu 5minit lagi da boleh tutup api dan hidangkan.
4. Siappp...~~~..
 
 
Senang je kan nak masak? Tak susah pun.. ni kalau makan kat luar mau 1 mangkuk rm10.. oopsss.. hehe T_T.. bek masak sendiri, dijamin bersih, sedap dan puas hati naa.. ok, Selamat mencuba!!
 
 


Thank you for reading my entry!!

Wednesday 4 May 2016

Air terjun Lepoh, Hulu Langat

Tarikh : 30/04/2016
Masa   : 9.00am
Lokasi : Air terjun Lepoh, Hulu Langat


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sabtu minggu lepas sepatutnya me and Mr Husband ke Gunung Irau a.k.a Mossy Forest @ Cameron Highland bersama dengan geng yang lain tetapi memandangkan di saat akhir timbul banyak masalah serta kesulitan maka trip hiking ke Irau dibatalkan di saat akhir.. sedih?? Memang sedikit sedih, frust dan kecewa coz hajat nak hiking di Irau is one of my wishlist.. tapi nak bwat macam mana.. i have to!! Satu keputusan yang agak berat dan berbelah bagi..

And disebabkan KL cuti 3 hari berturut-turut so leader DW Hikers pun plan a short hiking trip last minit juga.. hehe.., well, last minit pun tapi menjadi okay..! Huhu.., Alhmdulillah.. everything went well. Nak tahu kemana kitaorang?? Jeng Jeng Jeng..!! 

Air terjun Lepoh, Hulu Langat.. menghabiskan masa lapang disambil menghirup udara segar dalam hutan..

Sedikit pengenalan tentang air terjun ni, ianya terletak di Hulu Langat berdekatan dengan Kampung Kuala Pansoon, Selangor.. Perjalanan dari Puchong ke sini mengambil masa lebih kurang 45 minit (depends on traffic). Seramai 17 orang yang ikut serta termasuk Mr Husband, my sister & her son, dan beberapa geng yang lain.. Trip kali ni katanya daypack and santai-santai gitu jerr... Huhuu..

Setibanya kitaorang di parking Asli Adventure Base Camp, masing-masing setup barang and get ready.. ohh before nak masuk korang harus daftar dahulu nama di pondok depan entrance.. yelah, untuk keselamatan dan pantauan pihak berkenaan ye.. jarak dari entrance AABC ke air terjun Lepoh memakan masa lebih kurang 2j.. ini pun depends kelajuan dan kepantasan group korang.. aku, Mr husband, My sister and her son, Kak Sal serta Zaki antara yang terawal sampai di air terjun and we managed to complete it at 1h45m.. yessss.. haha.. ahli yang lain pun laju and hebat-hebat belaka it just that ada ahli yang kena tunggu geng yang a bit slow & pewaaii teruk tu yang lambat sikit sampai air terjun.. hiiii...,

Ok, tak nak cerita banyak.. jom layan gambar yang sempat aku snap dengan hp cabuk aku.. #sonyT2Ultra.. pun boleh.. kihkihkih..



Breakfast dulu sebelum ke starting point


Adikku yang segak.. haha


Angkat sauh.. hehe


Trek berbatu dan mendatar


Rasanya disini tempat aku kena gigit pacat.. haha


Trek start mencanak


Henti rehat bentar


Ahli yang terawal sampai di campsite


Nak pasang hammock ye brader?? Hehe..


Gambar belatarbelakang kan air terjun


Ipah kawan kakak ku.. 


SubhanAllah.. indah sungguh permandangan air terjun


Apa lah dua budak tu bwat?? Hurmm...,


Jernih and bersih air di air terjun Lepoh ni..


Time to makan.. ada sardin, sayur and telur.. Alhmdulillah



Abg John yang setia menungu ikan Tengas muncul~~

Merenung jauh nampak.. hehe


Ni kak Zura dengan anak dya, Aqil


Sapa taw ni buah apa erk?? 


Memerhati keindahan alam hijau dan air terjun




Sampai disini saja cerita Lepoh, in shaa Allah trip akan datang aku akan menulis dan abadi di laman blog eyhh.. Hehe.., semoga entry ini dapat memberi seribu satu manfaat dan panduan untuk korang yang nak datang sini.. sekian, adioss amigos..




Thank you for reading my entry!!



















































Wednesday 27 April 2016

6 tips untuk berjaya dalam perniagaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Pernahkah anda terfikir ingin memulakan sesuatu perniagaan tetapi risau dan takut jika perniagaan yang anda jalankan gagal atau terkandas di tengah jalan?? Ramai yang berfikir bahawa ada modal sudah cukup untuk memulakan perniagaan sendiri, namun satu perkara yang pasti jika tiada ilmu pengetahuan dan pengurusan yang cekap kemungkinan kegagalan perniagaan anda adalah 20/50%!
Motivasi adalah satu perkara yang wajib ada dalam diri anda sekiranya anda ingin berjaya dalam perniagaan. Jadikannya suatu pendorong atau penggerak untuk anda mencapai keberhasilan, kejayaan, usaha dan impian yang anda inginkan selama ini.
Disini saya ingin berkongsi dengan anda serba sedikit tips atau langkah untuk berjaya dalam perniagaan. Semoga artikel ini dapat membantu anda semua!!


1. BUAT KERANA MINAT YANG MENDALAM
Semestinya kita mulakan perniagaan kerana mahukan wang. Wang merupakan motivasi utama dalam memulakan perniagaan. TETAPI, jangan jadikan wang sahaja sebagai sebab utama menjalankan perniagaan. Lakukan perniagaan kerana MINAT. Minat terhadap produk yang ingin dijual, minat terhadap perkhidmatan yang ingin diniagakan dan juga MINAT pada prospek menjalankan perniagaan untuk tahun-tahun yang akan datang tanpa jemu!
Minat akan membuatkan kita suka pada apa yang kita lakukan. Alangkah “best”nya sekiranya kita menjana pendapatan menerusi perniagaan dengan melakukan apa yang kita suka? Sekiranya kita suka bidang sukan lasak, maka jadikan sukan lasak sebagai perniagaan. Sekiranya kita suka bidang fesyen, maka bidang fesyen patut dijadikan konsep perniagaan kita.
Namun harus ingat, bahawa minat pada sesuatu bidang sahaja tidak mencukupi tanpa adanya minat dalam bidang perniagaan. Minat dalam bidang perniagaan akan memberi motivasi kepada kita untuk terus belajar selok belok perniagaan. Pelajari strategi dan teknik perniagaan untuk memastikan perniagaan yang kita minat dapat terus maju pada tahun-tahun yang akan datang.

2. FOKUS, FOKUS DAN FOKUS TERUS
Jangan cepat berubah hati. Situasi ini selalu terjadi kepada kita semua sebenarnya, lebih-lebih lagi apabila perniagaan kita agak lembab dan tidak berhasil. Selalunya ini berlaku pada peringkat awal perniagaan.
Jadi bagi mereka yang tidak tahan sabar, saat ini dirasakan gagal. Lalu, mereka membuat keputusan, ‘Sebelum gagal lebih lagi, baiklah mereka menukarkan kepada perniagaan lain!’
Jangan bimbang, bukan anda saja yang merasainya begitu. Ramai usahawan yang baru-baru terlibat di dalam perniagaan akan berpendapat sedemikian.
Sebenarnya, ini terjadi kerana kurang keyakinan dan tidak fokus. Anda hanya perlu fokus dan teruskan usaha anda. Usaha dengan lebih gigih lagi dan fokus pada satu perniagaan dulu sehingga berjaya. Jangan cepat-cepat menukar perniagaan lain.

3. TAMBAHKAN PROSPEK MELALUI PROMOSI, PROMOSI DAN PROMOSI



Tanpa promosi, perniagaan akan gagal. Itu sahaja! Perniagaan yang tidak melakukan promosi tidak akan mendapat prospek. Dan usaha menambahkan prospek adalah langkah pertama dalam mendapatkan jualan. Lebih ramai prospek yang kita perolehi, lebih besar kemungkinannya perniagaan kita akan berjaya.
Usaha mendapatkan prospek adalah melalui promosi dan pengiklanan. Promosi dan pengiklanan perlu dilakukan secara berterusan- setiap hari. Sekiranya kita berhenti melakukan sebarang promosi perniagaan, mungkin kita akan dapat lihat penurunan jumlah prospek berkurangan dalam minggu atau bulan yang akan datang. Begitu juga usaha promosi anda hari ini, mungkin hanya akan melihat prospek bertambah, minggu atau bulan yang akan datang.

4. RANCANG DAN ATUR PERNIAGAAN ANDA
Setelah promosi dijalankan secara berturutan, semakin hari semakin ramai pelanggan anda, semakin banyak tanggungjawab anda. Di waktu ini, perancangan yang teliti, teratur dan jelas, boleh memberi anda kelebihan.
Tuliskan semua, rancangan anda agar anda dapat melihat “progress” perniagaan anda setakat ini. Jangan terus-terusan menerima pelanggan tanpa sebarang catatan. Ini amat penting untuk anda memiliki sebuah perniagaan yang boleh bertahan lama. Anda mesti ada fail-fail stok, jualan, perbelanjaan, keluar masuk wang ringgit. Semua ini akan menentukan kejayaan atau kegagalan anda dalam menguruskan sebuah perniagaan.

5. VISION BOARD ANDA


Adakah anda ada Vision Board? Vision Board adalah satu jenis koleksi gambar apa-apa perkara yang anda nak capai dalam hidup. Apa-apa aje. Gambar itu ditampal pada dinding atau dalam jurnal kecemerlangan anda supaya anda boleh tengok ia dan visualisasi / bayangkan setiap hari. Minda kita merakamnya dalam gambar dan sebab itulah Vision Board sangat berkesan dalam memotivasikan kita.

Contoh, jika salah satu impian anda adalah nak ada banglo tepi pantai,carilah gambarnya dalam majalah atau mana-mana sumber dan gunting. Tampal pada Vision Board anda. Biasakan diri untuk tengok Vision Board dan visualisasi / bayangkan bayang anda dah capainya setiap hari.

Teknik ni sangat berkesan kerana ia bantu untuk cipta keinginan kepada apa yang kita nak capai dalam minda melalui penggunaan minda. Lebih kerap anda fikir apa yang anda nak capai dalam hidup ini, lebih tinggi peluang anda capai impian itu.

Dengan membayangkan anda memandu kereta idaman anda dan tinggal dalam rumah idaman, anda akan terus rasa termotivasi serta-merta. Bukan setakat gambar kereta dan rumah, anda boleh masukkan apa-apa gambar lain seperti destinasi impian untuk dilawat. Cubalah apa-apa pun dengan kreativiti masing-masing dan alaminya sendiri.

6. KISAH INSPIRASI ORANG LAIN



Ia adalah cara effektif dan sangat terbukti untuk memotivasi diri sendiri.Bacalah cerita-cerita inspirasi mereka yang sudah berjaya. Sebab tu membaca adalah penting kerana bila anda membaca cara mereka atasi cabaran dan akhirnya berjaya bina empayar sendiri selepas jerih perih itu, anda akan secara tidak langsung termotivasi.


Jika anda tidak suka membaca, anda boleh cari video. Boleh cari video temuramah mereka di Youtube boleh juga memberi kesan.

Anda juga boleh temuramah orang-orang berjaya dalam industri anda dikalangan kawan-kawan dan orang terdekat. Selidik cara mereka mencapai kejayaan dan anda juga dapat capai seperti mereka.






Thank you for reading this entry!



Monday 11 April 2016

Tips close deal melalui Whatsapp, Fb messenger dan Sms

(Petikan dari artikel Blogger SabriHussin)
Assalamualaikum, selamat pagi dan salam sejahtera.
Satu perkara yang perlu anda tahu.
Apabila bakal pelanggan dah menghubungi anda sama ada menerusi medium whatsapp, FB Messaging atau pun SMS, ini bermakna pelanggan tersebut memang dah benar-benar serius nak dapatkan produk yang anda jual.
Apa yang tinggal untuk anda lakukan ialah close deal dengan pelanggan tersebut. Itu sahaja!
Namun begitu, dari pengalaman saya sendiri, ramai sebenarnya yang terlepas pelanggan yang berharga ini. Salah satu sebabnya adalah berpunca daripada sifat tamak dan gelojoh penjual itu sendiri.
Sebenarnya, saya juga tak jauh bezanya sewaktu awal-awal dulu berurusan dengan bakal pelanggan menerusi medium whatsapp.
Mungkin jawapan balas yang saya berikan menjadi salah satu sebab pelanggan tersebut jadi curiga untuk terus melakukan transaksi… Akhirnya pelanggan terus senyap dan bila kita follow up pun dia hanya mendiamkan diri.
Maka kat sini, tak perlu lagi kita buang masa. Bila kita follow up 2 – 3 kali masih lagi tak ada sebarang respons, maka tak perlu lagi nak buang masa. Anggap sahajalah yang kita sebenarnya dah pun kehilangan sales tersebut.
... Ada ke bakal pelanggan yang akan serah diri untuk beli produk yang kita promosikan..? macam tak percaya je ...
Jawapannya…
Memang ada. Ia sedikit sebanyak bertitik tolak daripada kaedah pemasaran yang anda gunakan. Jika anda juga menggunakan kaedah pemasaran pasif seperti
1. Blog
2. Website
3. Facebook
4. Youtube
5. Forum
Sesekali (atau mungkin setiap hari) anda pasti akan bertemu dengan bakal pelanggan seperti ini. Mereka sendiri yang hubungi anda untuk jadi pelanggan anda, dan bukannya anda yang kena terhegeh-hegeh cari pelanggan.
Katakanlah, pada satu hari dengan tak semena-mena anda menerima SMS dari nombor yang tak dikenali. Dalam mesej tu, si penghantar menyatakan yang dia minat dengan produk yang anda promosikan.
Soalannya ialah…
Apakah jawapan balas yang TERBAIK yang patut anda berikan supaya anda boleh terus close deal dan bakal pelanggan ini tak cancel untuk buat tempahan?
Dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan, jawapan balas yang saya akan berikan kepada pelanggan jenis serah diri macam ni. Ingat! Walaupun pelanggan ni dah serah diri, namun kalau jawapan balas anda macam kurang menyakinkan, tak mustahil untuk pelanggan ni cancel order ya.
Ada lima langkah yang perlu anda buat bagi memastikan anda dapat close deal.

Langkah pertama: Buat Ice Breaking
Dalam langkah ini, ada beberapa perkara penting yang anda perlu buat, iaitu
1. Ucap terima kasih
2. Ucap tahniah
3. Minta pelanggan perkenalkan diri
Contoh ayat
“Terima kasih dan tahniah kerana berminat untuk dapatkan pakej starter pack BestMobile ini. Sebelum tu, boleh saya tahu nama tuan? Dari mana ya tuan tau tentang tawaran saya ni”
Baiklah, ada beberapa perkara yang anda perlu ambil perhatian.
Pertama, kita tanya nama untuk tujuan personalization. Kita tak nak guna kata ganti nama tuan/puan/encik/sis atau bro. Let say pelanggan tu perkenalkan diri sebagai Hafiz, kita nak lepas ni setiap kali kita berkomunikasi dengan pelanggan ni, kita boleh terus sebut nama.
Contohnya, bila kita nak follow up pelanggan ni nanti kemudian. Kita boleh terus sebut nama beliau.
Assalamualaikum tuan Hafiz, saya ni Sabree. Masih minat dengan starter pack BestMobile?
Kan nampak lebih rapat dan personal berbanding kita cuma panggil encik, sis, bro, atau tuan sahaja. Lagi satu, kita mintak nama ni sebab senang kita nak save nombor tu.
Pengalaman saya sendiri, saya pernah dihubungi oleh pelanggan yang pernah berurusan dengan saya hampir setahun yang lalu. Disebabkan saya ada save nombor pelanggan ni, maka saya boleh terus panggil nama sahaja.
Ok secara tak langsung dapatlah jugak saya impress pelanggan tersebut. Pelanggan tu pun tak sangka yang saya masih simpan lagi nombor dia. Kesannya? Kitorang sembang-sembang lebih kurang, terus close deal. Mudah, kan?
Bila kita tanya dari mana pelanggan tau pasal ofer kita, itu secara tak langsung dapat beri kita gambaran, kaedah promosi yang mana satu yang paling berkesan.
Kalau pelanggan banyak yang bagitahu dia tahu pasal iklan kita dari blog, maka dapatlah kita buat kesimpulan, kaedah pengiklanan menerusi blog ini adalah kaedah pengiklanan yang paling berkesan dan convert.
Jadi, jika pada masa yang sama, anda ada juga menggunakan iklan berbayar, tetapi pelanggan anda banyak datang dari blog, cadangan saya bolehlah dihentikan sahaja iklan berbayar tu.

Langkah kedua: Minta MAKLUMAT PENUH untuk PENGHANTARAN
Selalunya, apakah maklumat yang perlu diisi dalam borang pos laju atau mana-mana syarikat kurier?
Saya ambil contoh borang pos laju. Untuk tujuan penghantaran, kita perlukan
1) Nama penerima
2) Alamat PENUH
3) Nombor telefon/emel
Sekarang ni, bakal pelanggan dah pun berminat untuk dapatkan produk yang anda jual. Apa lagi? Teruslah mintak maklumat untuk PENGHANTARAN.
Saya kurang galakkan anda terus mintak duit, sebabnya ini akan menimbulkan rasa kurang senang pada sesetengah pelanggan. Kita tak nak ada pelanggan yang rasa begini
“Dia ni belum apa-apa lagi dah sibuk nak mintak duit…”
Kat situ pun ada nampak elemen terdesak pada diri penjual. Jadi, dalam peringkat permulaan ni, kita tak nak cerita bab duit dulu. Sebaliknya, kita terus tanya barang ni nak hantar ke mana?
Secara tak langsung, ini juga menggambarkan bahawa barang yang pelanggan nak beli ni memang ada. Just bagitahu, nak kita hantar kemana… itu sahaja.
Bila kita mintak maklumat untuk penghantaran, selalunya kita akan terus dapat nama penuh pelanggan tersebut. Ting! Ini yang kita nak.
Style saya, saya lebih suka save nama penuh pelanggan saya berbanding nama panggilan. Bukan setakat save nama penuh, jika ada masa, saya juga akan letakkan nota pada contact name pelanggan tu tadi.
Antara yang saya akan tulis
1. Bila kali pertama berinteraksi
2. Pelanggan ni beli barang apa
3. Anything yang spesel tentang pelanggan
4. Info tambahan tentang pelanggan
5. Produk susulan yang mungkin sesuai untuk dipromosikan kepada pelanggan ni


Langkah ketiga: Beri pilihan bank untuk pembayaran
Tariknya ialah… JANGAN TERUS BAGI NOMBOR AKAUN.
Sebaliknya, kita tanya dulu kepada bakal pelanggan ni.
Encik Hafiz nak buat bayaran ke akaun Maybank atau CIMB ya?
Tunggu sehingga pelanggan beri jawapan.
Selepas pelanggan dah beri jawapan, maka seterusnya terpulang kepada anda sama ada untuk beri nombor akaun bank seperti yang pelanggan pilih atau nak beri kedua-duanya sekali.

Langkah keempat: Beri JAMINAN kepada pelanggan
Ok sekarang pelanggan dah buat bayaran. Atau setidak-tidaknya, mereka kini dalam proses untuk buat bayaran. Hanya satu langkah sahaja yang tinggal untuk mereka teruskan dengan proses pembayaran.
Kalau pelanggan yang dah biasa buat transaksi secara online, mereka tak ada masalah untuk buat bayaran.
Namun, kalau pelanggan kita tu jenis yang jarang sangat buat online transaction, itu masalah. Mereka ni agak skeptikal, dan mungkin takut-takut nak teruskan dengan proses pembayaran.
Dalam transaksi yang melibatkan perniagaan secara online, ada beberapa perkara yang anda WAJIB tahu
1. Pelanggan tak kenal anda.
2. Pelanggan tak pernah nampak muka anda.
3. Pelanggan tak dapat lihat produk yang dia bakal bayar.
4. Risiko 100% ditangan pelanggan, jika dia terus buat bayaran.
Kalau barang ni rosak macam mana? Kalau barang ni tak serupa macam yang aku nak macam mana? Kalau penjual ni lari dan tipu duit aku macam mana? Kalau aku tak puas hati dengan barang ni macam mana? Boleh tukar ke?
Sebab itulah pentingnya untuk kita berikan JAMINAN yang transaksi mereka adalah SELAMAT.
Apa jaminan yang kita boleh bagi?
1) Kita beri jaminan jika tak puas hati dengan barang, boleh refund
Jika barang tak sama seperti yang pelanggan mahukan, tak ada masalah. Pulangkan barang, dan kita boleh refund.
2) Kita beri jaminan jika barang rosak boleh tukar tanpa kos
Perkara ni sebenarnya jarang berlaku. Namun, jika berlaku juga, tak ada masalah. Kita tukar sahaja dengan barang lain yang elok tanpa sebarang kos.
3) Kita beri jaminan yang kita sentiasa ada untuk menjawab pertanyaan pelanggan kita
“Terima kasih untuk tempahan tuan, jika tuan ada sebarang pertanyaan, soalan atau apa sahaja tentang simkad BESTMobile saya boleh dihubungi PADA BILA-BILA MASA di talian 017 254 3031 atau boleh juga emel saya di sabreehussin@gmail.com”
Setengah perniagaan, mereka ada office hour sendiri. Dari pukul 9:00 am hingga 6:00 pm sahaja. Tapi, eksklusif untuk pelanggan kita, kita nyatakan pada dia yang kita boleh dihubungi PADA BILA-BILA MASA.

Langkah kelima: Sentiasa keep in touch dan follow up pelanggan anda
Ya.
Sebenarnya agak sukar nak follow up pelanggan satu per satu.
Jika kita hanya ada 2 3 orang pelanggan, mungkin tak ada masalah untuk follow up secara manual. Kalau nak kekal berhubung menerusi emel, kita boleh emel satu per satu.
Ataupun, kalau nak berhubung menerusi sistem whatsapp atau SMS, kita masih boleh lagi menghubungi mereka satu per satu.
Tetapi, macam mana kalau pelanggan anda pada ketika ini ada terlalu ramai? Jumlahnya menjangkau sehingga ribuan orang?
Ok…
Ini cadangan saya sahaja.
Apa yang anda boleh buat, antaranya
1. Tawarkan mereka untuk subscribe dalam mailing list anda. Contohnya klik sini.
2. Tawarkan mereka untuk join group support anda, sama ada FB Group, group telegram, whatsapp dan sebagainya.
Ada sesetengah pelanggan, tak berapa suka di add masuk dalam mana-mana group. Tak ada masalah. Anda offer sahaja. Mungkin dia cuma nak berurusan dengan anda sekali sahaja. One off. Lepas ni dah tak nak berurusan dengan anda lagi. Tak apa… lepaskan pelanggan seperti ini.
Namun, dari pengalaman saya sendiri, jika ada pelanggan yang kita ofer untuk join dalam group support, lazimnya mereka tak ada masalah untuk join.
Dari segi follow up pula… tak semestinya anda follow up dengan menawarkan produk-produk terbaru semata-mata. Boleh juga follow up dilakukan dengan anda kongsikan kepada mereka tips-tips perniagaan, tips yang berkaitan tentang produk, ucap selamat hari raya dan sebagainya.
Baiklah, jika sebelum ini anda tak pernah praktikkan 5 step ini, mungkin selepas ini anda boleh pertimbangkan untuk jadikan 5 step ini sebagai satu standard dalam aktiviti pemasaran dan perniagaan online anda.
Penting sekali untuk anda sentiasa keep in touch dengan pelanggan-pelanggan anda. Ingat satu perkara ni,
Kos untuk menjual kepada pelanggan sedia ada adalah berkali ganda lagi MURAH berbanding menjual kepada pelanggan baru
Kita tak mau, asyik nak kena cari pelanggan baru setiap masa.
Dengan pelanggan sedia ada, kepercayaan itu telahpun terbina.
Kalau dulu, kita cuma offer kepada mereka produk yang murah-murah, kali ini kita dah boleh mula offer kepada mereka produk yang lebih tinggi harganya. Formulanya sebenarnya mudah sahaja, lagi tinggi kepercayaan pelanggan terhadap kita, In Shaa Allah, lagi BANYAK produk yang kita boleh jual dan lagi MAHAL caj yang kita boleh kenakan kepada mereka.
Baiklah, terima kasih kerana membaca perkongsian saya ini.
Semoga bermanfaat kepada perniagaan anda.


Thank you for reading my entry!!

Thursday 24 March 2016

Ekspedisi DW Hikers : Hiking di Ayer Hitam Forest Reserve, Puchong Hill, Selangor

                                      Assalamualaikum dan selamat sejahtera...



Akhirnya setelah berbulan2 menyepi dari dunia blogger, kini aku kembali dengan cerita2 baru, azam yang baru, semangat yang baru dan semuanya baru.. heheh.. tapi apa yang pasti dan yang paling terbaru is aku ada hobi yang baruu wey..! Hiking dan hutan kawan baru aku, seriously?? Macam tak percaya yang aku akan terjebak dalam dunia outdoor adventure ni tapi tulah, kata orang kalau da ada peluang why not kita cuba ye dok??


So berkait dengan hobi baru aku tu, baru2 ni aku and the new hikers geng organized a trip to Bukit Puchong a.k.a Bukit Ayer Hitam which is located @ Taman Wawasan. Pada korang yang nak datang sini tapi tak tahu jalan senang je, minta tolong dari En. GPS and taip Jalan Wawasan 5/1, Puchong confirm korang akan jumpe lokasinya. Entrance nak masuk hutan Ayer Hitam ni dekat dengan shoplot and apartment apa tah nama (aku lupa, hehe) dan ada sebuah gerai ayaq kelapa di tepi jalan.. kalau korang jumpe landmark yang aku cakap ni sah2 korang berada di lokasi yang betul okay..! Dun worry..  


Kitaorang bertolak dari Ayer Hitam pada 28 Februari 2016 @ 8.00am hari ahad dengan seramai lebih kurang 20 ahli yang juga ikut serta. Lepas parking terus berkumpul di starting point dan sebelum kitaorang mulakan pendakian, kitaorang sempat buat sedikit senaman ringan melonggarkan or melembutkan segala otot2 dan urat.. haha, bukan apa, takut nanti ada yang terseliuh ke terkejang ke kan.. so better we cegah dari awal daripada merawat di kemudian hari!! (betul tak peribahasa yang aku guna ni).. hahah..



Mula pendakian pun da agak lewat sedikit dalam pukul 9am macam tu, trek pada awal sangatlah good and tenang sampai lah lebih kurang dalam 50 meter perjalanan trek didapati sangatlah canak dan tingginya mengalahkan tangga rumah yang setiap hari aku naik.. perghhh.., betul2 menguji kesabaran aku ni.. sudahlah aku ni newbie, baru kali kedua menjalankan misi panjat memanjat ni.. #matilanakkk.. haha..




Di awal permulaan, trek sgt good kan.. huhuu



Ku sangka takpa la, trek canak pun at least tidak la secanak gunung Merbabu macam aku tengok dalam IG member srg tu tp semput jugalah aku wey.. huwaaa.., asma tolong main jauh2.. nasib aku bawak siap2 inhaler dalam beg.. kihkihkih..., confident level 20/100% der.., minta2 selamat sampai and balik.. huhuu..



Aku tengok ramai juga yang datang siap bawak anak and wife taw, unexpected!! Padahal aku dengar2 tempat ni reserved for UPM kot.. ntah lah.. sumber tidak dapat dikenal pasti. Perasaan berada di tengah2 hutan banding duduk di tengah2 bandar sangat berbeza sebab dalam hutan korang rasa lebih segar, nyaman, panas pun tapi tak berpeluh sangat and tak bahang macam kat luar tu.. bestt walaupun sedikit penat dan mengah.. phewww..,



If korang ikut trek yang betul korang akan sampai kat air terjun tu lebih kurang sejam macam tu (depends kelajuan grup korang).. dan bagi yang x pernah masuk hutan ni or bagi yang first time la kan korang tak perlu risau sebab di trek2 ni da ada marking so kemungkinan nak sesat tu sangatlah tipis but still must be carefull okay.. takut ada yang terlepas pandang or tersalah tengok langsung ke trek lain.. 


Hampir satu jam perjalanan kami, tudiaa.. ayaq terjun depan mata.. teruja weyy.. serious.. ohsem and peaceful.. hilang segala peluh dan penat!! haha.. 


Sementara members grup yang lain siapkan makanan, aku apalagi.. memang stail aku suka cari port baikk punya untuk rendamkan badan.. haha.. berenang tak reti, so plis sedar diri jangan memandai nak berenang ala2 pro la ye.. unless la kalau ada life jacket.. da, wa pun malas nak cakap banyak jom layan gambar yang sempat aku tangkap + dengan hasil tangkapan SJ Cam member dalam grup DW Hikers..,



Mr Husband & my brotha
Sungai yang mengalir dari air terjun
Ini lah dy air terjun bertingkek-tingkek yang ada dalam hutan Ayer Hitam nii.. *oppss, abaikan mereka yang tidak ada kena mengena..

Us.. ada plak srg menyibuk di depan.. haha

Adik laki & kakak ku.. hihii..
 
See.., chrystal clear water is it.. love..




Kitaorang lepak, mandi sambil berehat kat sini dekat sejam dua juga lah sebelum srg anty cina mana datang sergah.. adoii,, spoil my mood betul la anty ni.. hehe.., apa2 aja lah, yang penting semua happy and aku puas dapat juga jejak kaki disini.. Alhmdulillah.. misi tercapai.. hooraayyy.. haha.. 


Bila orang laki selpiaq ni lah jadi.. haha

Selalu tengok org tunggang kuda, ni kayu yang ditunggangnya.. lol
Ni gambar beramai-ramai.. kakak hutan jadi mangsa.. hehe


Kitaorang keluar dari hutan pun da pukul 1 lebih, tepat waktu zohor masuk.. Alhmdulillah.. selamat semua.. hehe.., masa ni pun ada ahli di antara kami yang dah sampai starting point.. kitaroang je lambat sikit sebab dah kekurangan tenaga.. haha.., jadi jalan pun lembab lemah je.. 


Lepak bentar sambil minum ayaq kelapa.. masing2 dahaga.. kecian.. kihkih
Nak juga interframe.. huhuu



Apabila air yang dibawa sudah abis + dahaga ayaq kelapa bhaiyaa jadi mangsa kehausan kami.. fresh and sejuk tekak.. sorang sebiji hambikk kau.. betul2 haus ni.. hahaha.. do we care?? 

Ekspedisi sudah tamat. Balik rumah rehat tidur. Letih tapi besst, hihii.. akan berkumpul lagi di masa akan datang!! Lokasi?? Tak tahu, tunggu leader bagi arahan.. yesszaaa.., 

Gambar terakhir untuk korang.. tengok puas2, nanti boleh pergi dengan kawan2 pasni.. hihii 


Lagi gambar air terjun untuk santapan korang




Thank you for reading and visit my enrty!! Adioss Amigo..,