Thursday 24 March 2016

Ekspedisi DW Hikers : Hiking di Ayer Hitam Forest Reserve, Puchong Hill, Selangor

                                      Assalamualaikum dan selamat sejahtera...



Akhirnya setelah berbulan2 menyepi dari dunia blogger, kini aku kembali dengan cerita2 baru, azam yang baru, semangat yang baru dan semuanya baru.. heheh.. tapi apa yang pasti dan yang paling terbaru is aku ada hobi yang baruu wey..! Hiking dan hutan kawan baru aku, seriously?? Macam tak percaya yang aku akan terjebak dalam dunia outdoor adventure ni tapi tulah, kata orang kalau da ada peluang why not kita cuba ye dok??


So berkait dengan hobi baru aku tu, baru2 ni aku and the new hikers geng organized a trip to Bukit Puchong a.k.a Bukit Ayer Hitam which is located @ Taman Wawasan. Pada korang yang nak datang sini tapi tak tahu jalan senang je, minta tolong dari En. GPS and taip Jalan Wawasan 5/1, Puchong confirm korang akan jumpe lokasinya. Entrance nak masuk hutan Ayer Hitam ni dekat dengan shoplot and apartment apa tah nama (aku lupa, hehe) dan ada sebuah gerai ayaq kelapa di tepi jalan.. kalau korang jumpe landmark yang aku cakap ni sah2 korang berada di lokasi yang betul okay..! Dun worry..  


Kitaorang bertolak dari Ayer Hitam pada 28 Februari 2016 @ 8.00am hari ahad dengan seramai lebih kurang 20 ahli yang juga ikut serta. Lepas parking terus berkumpul di starting point dan sebelum kitaorang mulakan pendakian, kitaorang sempat buat sedikit senaman ringan melonggarkan or melembutkan segala otot2 dan urat.. haha, bukan apa, takut nanti ada yang terseliuh ke terkejang ke kan.. so better we cegah dari awal daripada merawat di kemudian hari!! (betul tak peribahasa yang aku guna ni).. hahah..



Mula pendakian pun da agak lewat sedikit dalam pukul 9am macam tu, trek pada awal sangatlah good and tenang sampai lah lebih kurang dalam 50 meter perjalanan trek didapati sangatlah canak dan tingginya mengalahkan tangga rumah yang setiap hari aku naik.. perghhh.., betul2 menguji kesabaran aku ni.. sudahlah aku ni newbie, baru kali kedua menjalankan misi panjat memanjat ni.. #matilanakkk.. haha..




Di awal permulaan, trek sgt good kan.. huhuu



Ku sangka takpa la, trek canak pun at least tidak la secanak gunung Merbabu macam aku tengok dalam IG member srg tu tp semput jugalah aku wey.. huwaaa.., asma tolong main jauh2.. nasib aku bawak siap2 inhaler dalam beg.. kihkihkih..., confident level 20/100% der.., minta2 selamat sampai and balik.. huhuu..



Aku tengok ramai juga yang datang siap bawak anak and wife taw, unexpected!! Padahal aku dengar2 tempat ni reserved for UPM kot.. ntah lah.. sumber tidak dapat dikenal pasti. Perasaan berada di tengah2 hutan banding duduk di tengah2 bandar sangat berbeza sebab dalam hutan korang rasa lebih segar, nyaman, panas pun tapi tak berpeluh sangat and tak bahang macam kat luar tu.. bestt walaupun sedikit penat dan mengah.. phewww..,



If korang ikut trek yang betul korang akan sampai kat air terjun tu lebih kurang sejam macam tu (depends kelajuan grup korang).. dan bagi yang x pernah masuk hutan ni or bagi yang first time la kan korang tak perlu risau sebab di trek2 ni da ada marking so kemungkinan nak sesat tu sangatlah tipis but still must be carefull okay.. takut ada yang terlepas pandang or tersalah tengok langsung ke trek lain.. 


Hampir satu jam perjalanan kami, tudiaa.. ayaq terjun depan mata.. teruja weyy.. serious.. ohsem and peaceful.. hilang segala peluh dan penat!! haha.. 


Sementara members grup yang lain siapkan makanan, aku apalagi.. memang stail aku suka cari port baikk punya untuk rendamkan badan.. haha.. berenang tak reti, so plis sedar diri jangan memandai nak berenang ala2 pro la ye.. unless la kalau ada life jacket.. da, wa pun malas nak cakap banyak jom layan gambar yang sempat aku tangkap + dengan hasil tangkapan SJ Cam member dalam grup DW Hikers..,



Mr Husband & my brotha
Sungai yang mengalir dari air terjun
Ini lah dy air terjun bertingkek-tingkek yang ada dalam hutan Ayer Hitam nii.. *oppss, abaikan mereka yang tidak ada kena mengena..

Us.. ada plak srg menyibuk di depan.. haha

Adik laki & kakak ku.. hihii..
 
See.., chrystal clear water is it.. love..




Kitaorang lepak, mandi sambil berehat kat sini dekat sejam dua juga lah sebelum srg anty cina mana datang sergah.. adoii,, spoil my mood betul la anty ni.. hehe.., apa2 aja lah, yang penting semua happy and aku puas dapat juga jejak kaki disini.. Alhmdulillah.. misi tercapai.. hooraayyy.. haha.. 


Bila orang laki selpiaq ni lah jadi.. haha

Selalu tengok org tunggang kuda, ni kayu yang ditunggangnya.. lol
Ni gambar beramai-ramai.. kakak hutan jadi mangsa.. hehe


Kitaorang keluar dari hutan pun da pukul 1 lebih, tepat waktu zohor masuk.. Alhmdulillah.. selamat semua.. hehe.., masa ni pun ada ahli di antara kami yang dah sampai starting point.. kitaroang je lambat sikit sebab dah kekurangan tenaga.. haha.., jadi jalan pun lembab lemah je.. 


Lepak bentar sambil minum ayaq kelapa.. masing2 dahaga.. kecian.. kihkih
Nak juga interframe.. huhuu



Apabila air yang dibawa sudah abis + dahaga ayaq kelapa bhaiyaa jadi mangsa kehausan kami.. fresh and sejuk tekak.. sorang sebiji hambikk kau.. betul2 haus ni.. hahaha.. do we care?? 

Ekspedisi sudah tamat. Balik rumah rehat tidur. Letih tapi besst, hihii.. akan berkumpul lagi di masa akan datang!! Lokasi?? Tak tahu, tunggu leader bagi arahan.. yesszaaa.., 

Gambar terakhir untuk korang.. tengok puas2, nanti boleh pergi dengan kawan2 pasni.. hihii 


Lagi gambar air terjun untuk santapan korang




Thank you for reading and visit my enrty!! Adioss Amigo.., 




Wednesday 23 March 2016

5 tempat percutian menarik di Malaysia

Assalamualaikum & selamat sejahtera.

Actually kan, dalam negara kita sendiri pun ada tempat-tempat yang agak menarik untuk korang bercuti dengan keluarga or kawan-kawan. Tak kesah la whether it is a short or long vacation! Tapi jujur aku cakap, antara tempat yang aku da senarai pendek ni memang cantik, kebabom and what a relaxing places to go. Lagi2 kalau dah hari2 hadap bandaraya KL yang memang sibuk benor. Stress rasanya kan?? Huhuu..,

So jom kita belek2, mana taw lepas ni boleh plan dengan family or friends buat gathering ke..? Hihii.., serious, korang confirm takkan rasa rugi or menyesal okay. Meh tengok apa yang aku da listed down untuk korang.


1. VILLA SAMADHI, KL




Sebuah villa yang terletak di hujung bandaraya KL yang pesat membangun. Pada yang nak rasa seperti ada di Bali boleh la datang bercuti disini dengan yang tersayang.

2. THE DUSUN, MANTIN, NEGERI SEMBILAN




Nama yang diberi The Dusun. Lokasi di Mantin, Negeri Sembilan. View yang ohsem dan relaxing, sesuai untuk yang ingin mencari ketenangan atau nak escape dari bandar KL yang crowded.

3. EIGHT ACRES, RAUB, PAHANG





Sebuah resort yang bersifat eco-friendly. Sangat unik dimana ianya berada di antara kebun buah-buahan, kelapa sawit dan pokok getah.

4. DESA BALQIS, LINGGI, MELAKA




Suasana kampung yang sangat nyaman dan indah. Lokasi di tepi selat Melaka.

5. CASA TITIK, CHERATING, PAHANG




Sekali pandang rasa macam ada di Sepanyol kan? Haa pada yang teringin nak pergi Brazil or Barcelona tapi dek kerana kekurangan bajet boleh singgah bercuti disini ye.

Ini saja 5 tempat yang sempat aku buat research untuk korang. Kalau rasa nak pergi nanti korang boleh lah plan awal2 dan buat booking siap2, bukan apa.. takut fully book kena plak time2 cuti sekolah or PH ke kan, menyesal plak u oll's nanti.. kihkihkih.., in shaa Allah akan datang aku update tempat-tempat yang lain okay.


Thank you for reading and visit my entry!!